Friday, January 28, 2011

something to say...

salam...
nothing to write, juz nak cakap about something..something yang wat hati x tenang..
something wat sangat2 mengganggu fikiran...don't knw g nak cakap ngan sapa..
actually, this happened when we felt down bcoz of something...

1. kadang - kala kita rasa kita ne sempurna sangat sampai semuanya nak kena sempurna..tapi kita kna ingat d sebalik semua kesempurnaan yang kita cipta tu, pasti akan ada bnyak masalah yang x kita duga akan datang p mengacau kesempurnaan kita....sampaikan kita trpaksa bermula semuanya dari awal lgi.

2. kadang - kala kita terpaksa menangis untuk kerja yang kita d amanahkan...sesukar manapun kerja itu. kita terpaksa     melakukannya..NO CHOICE even kita xnak memikul amanah itu..rasanya terlalu berat untuk kita menghadapinya.....bila kita dapat melakukan tugas yang d amanahkan rasanya kita telah terlepas dari dosa..tapi apabila kita terlupa atau xdapat melakukannya kita telah membuat 1 dosa...

3.bila kita melihat pada seseorang, x semestinya kita kenal dengan dia dengan baik even dia selalu bersama kita..kadangkala, perbuatan yang d lakukannya mampu mengundang perasaan yg diketepikan apabila dia melakukan sesuatu yang menyebabkan kita rasa dipinggirkan..

4.NO CHOICE!!! bila kita melakukan sesuatu, kita terpaksa ambil risiko daripada perbuatan yang kita lakukan,,risiko untuk dimarah, risiko untuk dipinggirkan, risiko untuk diketawakan, risiko untuk gagal.
risiko untuk menerima teguran..walaupun ia pahit dan menyakitkan we have to take it....

5."WE HAVE TO STAY WITH OUR OWN FOOT" peribahasa yang pernah sy dengar..kadang - kala sy rasa ianya betul,,but sometimes wrong juga,,,knapa??? sebab dalam dunia ne teda sapa yang akan stay dkt dngan kita selamanya...so, we have to choice..
for me, sy pilih untuk x terlalu close ngan sesiapa..napa??? sebab sy tahu, sy x akan punya kekuatan yang jitu untuk menghadapi kata PERPISAHAN,,biarla  sayang dengan seadanya....

6.bila kita jumpaa ngan seseoarng yang x close ngan kita, apa yang perlu kita buat????
menyapanya?? beri senyuman padanya?? beramah dengannya?? or kita juz ignore ja kat dia???

7. kelmarin adalah sesuatu pengajaran yang kita perlu pelajari untuk hari ini....hari ini adalah sesuatu yang kita perlu hadapi untuk mencorakkan hari esok dan hari esok adalah sesuatu yang akan kita hadapi dengan penuh misteri..adakah KEAJAIBAN akan berlaku eok hari???

8.bila seseorang rasa sangat kecewa, sedih, menangis, marah,dan rasa sangat down, apa yang perlu dia buat??? sedangkan pada masa itu. teda sapa yang datang untuk sudi mendengar cerita sedih yang dia hadapi?? pada siapa dia harus mengadu?

Monday, January 24, 2011

PETUA MENCUCI HATI

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).


10. Kekalkan wuduk jika berupaya.




Sunday, January 23, 2011

10 Tips Wanita Sentiasa Tampil Cantik

    1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
    2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
    3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
    4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
    5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
    6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
    7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
    8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
    9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
    10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


    Saturday, January 22, 2011

    friendship

    Add caption



    HATI

    duhai hati..
    keraslah engkau dengan kemahuan diri,
    tetaplah engkau dgn pendirian yg suci,
    sombonglah pada nfsu sndiri,
    agar aku bangga berdiri..

    duhai hati..
    tangkislah segala godaan duniawi,
    hindarlah dari api yg menanti,
    agar aku peroleh syurgawi..

    duhai hati..
    elaklah perkara yng di mungkari,
    berkatalah pada perkara yg di redhai,
    agar aku peroleh kasih ilahi..

    duhai hati..
    dambakanlah kasih pada ilahi..
    elakkanlh kasih pada insani,
    agar aku tidak menyendiri,
    agar aku tidak meratapi,
    kebodohan dan keangkuhan diri,
    dalam dunia akhir yg penuh sepi,
    terselamat dari pnyesalan yang tidak bertepi..

    duhai hatiiii..
    jangan di harap kasih lelaki,
    yang tidak selayaknya engkau kasihi,
    agar dirimu sntiasa di berkati,
    menjadi hamba yang taat berbakti..

    duhai hati..
    bantulah aku utk terus begini,
    menjadi hamba yg tidak mengerti,
    keseronokan dunia yg hanya ilusi..

    duhai hati..
    dengarlah kata dan pesan ku ini..
    bantulah aku utk mengecapi,
    kemanisan iman yg tinggi,
    utk bersama para solihin,
    di kehidupan yang kekal abadi..

    duhai hati..
    bersamalah kita saling melengkapi,
    agar menjadi hamba-NYA yang sejati,
    menuju akhirat yang sedia menanti..
    duhai hatiii...